Articles tagged with: Bateri
Penjagaan Bateri »
1. Periksa bateri jika terdapat tanda-tanda kerosakan seperti retak, bocor, karat, penutupnya hilang, kepala longgar dan sebagainya. Jika terdapat kesan debu putih dibahagian terminal, dan air baterinya cepat kering, kemungkinan kuasa yang disalurkan kepada bateri itu terlalu tinggi.
Bila keadaan ini berlaku, perlulah ia diperbaiki dengan secepat mungkin, untuk mengelakkan kerosakan teruk pada bateri. Kesan-kesan bocor dapat diketahui jika terdapat disekitar dan bawah bateri berdebu garam putih kehijauan.
2. Periksa paras air bateri sekurang-kurangnya seminggu sekali. Jika airnya kurang, tambah dengan air bateri (distilled …
Penjagaan Komponen Kereta »
Bagi sebahagian orang kereta bukan sekadar alat pengangkutan, tetapi sebagai koleksi yang sangat disayangi. Malah bagi mereka yang sering berurusan diluar negara,pastinya mereka terpaksa meninggalkan kenderaan dalam tempoh waktu yang lama di garaj.
Jika kenderaan ditinggalkan tanpa dihidupkan dalam tempoh yang lama ia boleh menjejaskan prestasi kenderaan atau sukar dihidupkan.
Ada beberapa teknik untuk menyimpan kereta dalam jangka waktu yang lama sama ada dalam masa enam bulan hinggalah bertahun-tahun lamanya tanpa mengurangkan prestasinya.
Jika anda berhadapan situasi demikian, letakkan kenderaan di garaj yang kering dan dingin. Selain itu ikuti beberapa langkah yang harus …
Penjagaan Bateri »
Pemilik kereta akan berasa gelabah apabila keretanya tidak boleh dihidupkan kerana bateri lemah atau ada masalah lain pada enjin. Kegelisahan bertambah ketara apabila masalah itu berlaku ketika anda terburu-buru untuk ke pejabat, hospital atau memenuhi temu janji.
Ada sebab mengapa enjin tidak dapat dihidupkan walaupun kunci sudah diputar ke arah ‘start’. Enjin tidak dapat dihidupkan kerana bateri dan/atau motor starter dalam keadaan rosak, biasanya enjin dapat start dengan prosedur berikut:
# Kaedah 1
Hidupkan enjin dengan menolak kenderaan bagi kereta manual meskipun bateri dalam keadaan lemah (bateri boleh bunyikan hon atau nyalakan lampu …

