dCarbo4u Blog - Maklumat Mengenai D'Carbo, Tips Dan Teknik Penjagaan Kenderaan Terutama Penjagaan Enjin

Memeriksa Punca Stereng Kereta Berat
Ada ketikanya pemandu tidak berasa selesa apabila stereng menjadi semakin ketat dan berat. Anda perlu menggunakan lebih tenaga untuk memutar stereng dan keadaan ini menyusahkan terutamanya ketika meletak kenderaan dan apabila perlu banyak membelok.

Antara sebab keadaan ini berlaku adalah:

Tekanan tayar depan yang terlalu rendah

Penjajaran (alignment) tayar depan yang kurang tepat

Kekurangan atau kerosakan minyak pelincir di dalam kotak gear stereng

Kekurangan gris pada sambungan rod stereng atau pengalas tayar depan

Penyelarasan yang kurang sempurna pada peralatan pengemudian

Apabila berhadapan dengan keadaan sebegini,

Mula-mula periksalah tekanan tayar hadapan adakah ianya sesuai menikut jenis kereta anda.

Periksa pelinciran sambungan rod stereng. Supaya pemeriksaan dapat dilakukan dengan mudah, tongkat kenderaan hingga kedua-dua roda depan tergantung. Kemudian periksalah adakah sambungan dan skru sistem pengemudian cukup ketat.

Antara bahagian yang harus diutamakan pemeriksaannya termasuk kotak gear stereng, sambungan bebola atau gantungan depan termasuk hujung dan pangkal rod pengikat. Untuk mengetahui kerosakannya, putarlah stereng ke kiri dan ke kanan. Selepas itu putarlah stereng ke kanan penuh, kemudian gerakkan stereng sedikit ke kiri dan ke kanan.

Sistem pengemudian mempunyai peranan yang sangat penting, maka waspadalah terhadap pelbagai kelainan yang wujud.

Dalam keadaan lain pula,

Ketika memandu kenderaan di atas jalan yang datar, stereng terasa cenderung untuk berputar ke sesuatu arah. Jadi, stereng terpaksa dipegang dengan kuat untuk mengelakkannya terus berputar ke satu arah.

Keadaan ini biasanya terjadi disebabkan:

Tekanan tayar kiri dan kanan yang tidak sama

Diameter rim kiri dan kanan yang tidak sama

Penyelarasan penjajaran roda depan kurang tepat

Pegas (spring) gantungan depan yang sudah lemah, patah atau kurang baik pemasangannya

Penggalas roda depan sudah rosak atau kurang baik penyelarasannya

Brek dari salah satu roda depan atau belakang bergesel

Apabila berhadapan dengan keadaan ini, pertama pastikan bahawa beban kenderaan cukup seimbang. Kemudian periksalah sama ada kedua-dua tayar depan dan belakang sama tekanannya. Jika tidak, samakan.

Pandu kenderaan perlahan-lahan di atas jalan datar. Luruskan arah kenderaan, rasa dan perhatikan bagaimana kenderaan berjalan. Apabila kenderaan masih cenderung untuk membelok ke satu arah, hentikan kenderaan dan lakukan pemeriksaan seterusnya.

Diameter luar rim kiri dan kanan (untuk roda depan dan belakang) harus sama. Kemudian periksa adakah salah satu pegas depan sudah lemah atau patah. Selain itu, ada kemungkinan juga penyelarasan brek kurang baik atau hanya sebelah yang berfungsi.

Kerosakan pada sistem kemudi boleh menjejaskan sistem keselamatan. Oleh itu, penjagaan aspek penjajaran roda depan tidak boleh dipandang ringan.

Semoga artikel ini sedikit sebanyak berikan sedikit gambaran tentang penjagaan kereta.

Punca Penggunaan Minyak Petrol Bertambah
Sebelum  ini anda mengisi RM30 untuk mengisi petrol kereta anda dan boleh  bergerak hingga 200 kilometer. Kini dengan jumlah yang sama kereta anda  cuma dapat bertahan 150 kilometer saja. Ada yang mengatakan kereta anda  sudah kuat makan petrol.

Penggunaan  petrol yang bertambah disebabkan beberapa faktor seperti:

1. Kebocoran,  permukaan bahan api dalam ruang pelampung karburetor terlalu tinggi,  penapis udara tersumbat atau pelarasan skru pada karburetor kurang  tepat.

2. Saat penyalaan kurang tepat, plag haus, suis  pemutus arus terbakar, mampatan tidak cukup, injap yang tidak berfungsi,  ekzos tersumbat, masalah pada cekam, brek bergesel ATAU KARBON YANG TERLALU TEBAL.

Bagi mengetahui puncanya, pertama, pemilik perlu memeriksa dengan melihat pada tempat meletak kenderaan.

Jika  ada bekas titisan minyak atau terhidu bau petrol di kawasan itu,  bermakna kenderaan mungkin mengalami kebocoran dan ia perlu dihantar ke  bengkel untuk dibaiki.

Bagaimanapun,  jika kebocoran berlaku pada sambungan paip petrol, ketatkan sambungan  yang longgar menggunakan spanar dan jika masih bocor, buka skru  berkenaan dan lilitkan benang vinil dan ketatkan sambungan itu kembali.

Sebenarnya  ada beberapa tip dan cara yang paling minimum untuk menjimatkan  penggunaan bahan api sekali gus menjimatkan perbelanjaan harian anda.

Sehubungan  itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol  bukan sekadar harganya tinggi tetapi penggunaan bahan itu secara  berlebihan menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.

Jika  anda mendapati penggunaan petrol pada kenderaan secara berlebihan,  periksa puncanya sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan  penggunaan petrol yang banyak di pasaran.

Ini  kerana pembelian alat berkenaan mungkin tidak memberi kesan sepatutnya  jika keadaan enjin kereta anda mengalami masalah hingga menyebabkan  penggunaan petrol bertambah. Umumnya cara terbaik mengekalkan tahap  penggunaan petrol ialah dengan melakukan pelarasan enjin (timing).

Selain  itu, perkara penting yang perlu diketahui pengguna ialah sikap dan cara  pemanduan kerana ia banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta.  Antaranya, menggunakan gear dua atau tiga terlalu lama sebelum menukar  ke gear seterusnya, tabiat menekan pedal minyak terlalu kuat ketika  pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan  petrol yang berlebihan. Sehubungan itu, apabila anda melakukan pelarasan  enjin, ia membantu mengurangkan penggunaan petrol sehingga 15 peratus  di samping teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan  petrol melebihi 20 peratus atau lebih.

Di  samping itu, anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang  lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan  petrol melebihi dari tahap biasa.

Oleh  itu, anda perlu perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak  barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke  mari. Ia pasti menambah beban enjin. Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan.

Karier  (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah  penggunaan petrol pada kadar lima peratus. Karier menghalang udara  berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut.

Enjin  dalam keadaan panas normal juga boleh membantu meningkatkan perbatuan  dan prestasi kereta anda. Biarkan enjin panas sebelum memulakan  perjalanan dan jangan sekali-kali memulakan perjalanan tanpa terlebih  dulu merancang jalan mana untuk ke destinasi.

Tayar Haus Antara Punca Kenderaan Bergetar
Ada ketikanya pemandu kereta tidak  selesa apabila stereng yang dipegang bergetar dan tidak stabil kerana  berat ke sebelah kiri atau kanan. Lebih merisaukan apabila seluruh badan  kereta ikut bergetar.

Apabila  berhadapan dengan keadaan ini,  antara sebab utama kerosakan yang berlaku diberi perhatian termasuk  tekanan tayar depan terlalu rendah atau ukurannya tidak sama, kehausan  tayar depan tidak sama, kehausan atau kelonggaran sambungan sistem  kemudi atau kotak gear stereng bergoyang, penyelarasan jajaran roda  depan kurang tepat dan roda depan tidak seimbang.

Jika menghadapi masalah seperti itu  pemandu dan penumpang pasti tidak selesa, lebih-lebih lagi jika sedang  dalam perjalanan jauh. Untuk itu, punca kerosakan dan getaran perlu  diketahui. Apabila memandu kenderaan penumpang atau trak, terutama trak  kecil di atas jalan kasar atau rosak, biasanya akan terasa ada goncangan  sehingga stereng perlu dipegang dengan kuat. Namun demikian, anda juga  dapat merasakan adanya getaran atau goncangan pada stereng dan badan  kenderaan walaupun keadaan jalan raya datar dan baik, pada suatu kelajuan  antara 70 kilometer sejam (kmj) dan 80km.

Keadaan sebegini dinamakan ‘shimmy’.  Jadi, jika berhadapan dengan keadaan begini, pertamanya periksalah tekanan  tayar depan, keadaan sistem kemudi atau skru roda depan. Kemudian  periksa kehausan tayar depan, sebaik-baiknya masih mempunyai rusuk bunga  dengan tebal sekurang-kurangnya 2mm.

Gunakan tayar baru untuk perjalanan  keluar bandar. Ada kemungkinan getaran yang berlaku boleh dihilangkan  apabila tayar yang sudah haus diganti dengan tayar baru atau setelah  tayar kiri-kanan ditukar kedudukannya.  Namun demikian, jika getaran  masih terasa juga, sebaiknya pemeriksaan dilakukan dengan lebih teliti  kerana dibimbangi kerana disebabkan kehausan atau kelonggaran pada  sistem rod kemudi dan sistem gantungan depan; atau kerana penyelarasan  penjajaran roda depan yang kurang tepat hingga menyebabkan roda tidak  seimbang.

Untuk  memeriksa dan membuat pembaikan bagi masalah berkenaan diperlukan alat  dan kemahiran. Roda tayar dilengkapi satu alat pengimbang. Alat itu  menunjukkan letak dan besarnya pengimbang yang harus dipasang pada rim  roda.

‘Shimmy’ boleh  terjadi apabila roda tidak dikunci dengan baik pada tempatnya, atau rod  gandar tidak segaris dengan lubang pada roda. Jadi, banyak faktor yang  boleh menyebabkan ‘shimmy’; beberapa kesalahan dapat diperbaiki dengan  mudah tetapi ada pula yang memerlukan kepakaran tertentu untuk  mengatasinya.

Apa Yang Harus Diketahui Tentang Minyak Enjin
Ramai diantara  kita suka memandu. Tetapi tidak ramai pula  yang mengambil berat dalam memilih minyak pelincir bagi keretanya.  Sedangkan, jika anda merenung sejenak, enjin ialah jantung kereta dan ia  hanya dapat memberikan prestasi dan ketahanan yang anda harapkan  sekiranya dijaga dengan baik. Faktor utama dalam menjaga enjin supaya ia  sentiasa elok ialah pemilihan minyak enjin yang bermutu. Hanya minyak  yang bermutu dapat membantu anda mencapai itu semua.

Pelinciran yang kerap:

Minyak pelincir mengalir turun ke takungan di bahagian bawah  enjin apabila kereta tidak digunakan pada sebelah malam. Penurunan suhu  juga akan menebalkan minyak itu. Ini bermakna minyak perlulah menjadi  cukup cair untuk mengalir ke bebola (bearings) sebaik sahaja enjin  dihidupkan pada waktu pagi. Tetapi, apabila suhu enjin meningkat kerana  kereta laju, minyak pelincir mestilah cukup kukuh untuk menjadikan  dirinya sebagai selaput untuk melindungi karburetor, tuil injap, lengan  hayun dan hujung injap.

Anda memerlukan minyak pelincir yang seimbang  dan mempunyai campuran  bergetah yang betul untuk menjaga pelinciran  enjin dalam keadaan yang  terlampau panas dan sejuk.  Pennzoil ialah minyak yang dicipta khusus   untuk mempastikan pelinciran berlaku cepat apabila enjin dihidupkan   daripada keadaan yang sejuk atau ketika suhu tinggi kerana perjalanan   yang jauh atau kerana perjalanan dibandar yang tidak menentu   kelajuannya.

Perlindungan daripada asid yang menghakis:

Wap dan gas  dihasilkan apabila petrol atau bahan api dibakar.  Apabila enjin yang  panas menjadi sejuk, sebahagian dari wap itu menjadi tebal dan campur  dengan gas untuk menjadi asid yang menghakis di sekeliling lingkaran  (enjin), selinder, dan piston.  Ini mengakibatkan bahagian-bahagian itu  terhakis atau berkarat.  Kejadian ini bagaimanapun dapat dikurangkan  sekiranya ada pelinciran yang kerap.

Menjaga kebersihan enjin selalu:

Pembakaran  petrol atau bahan api juga menghasilkan enapan jelaga dan karbon. Minyak  pelincir yang baik akan mengapungkan bahan-bahan sampingan itu supaya  tidak terkumpul di bahagian sekeliling ruang pembakaran sehingga menganggu  penyalaan enjin, perjalanan yang menyulitkan dan akhirnya kehilangan  kuasa. Ia lebih efektif untuk dibuang dengan menggunakan D’Carbo2.

Apabila minyak enjin kereta anda ditukar pada lain kali,  harap perhatikan warna minyak enjin yang ditukarkan dari ruang bawah  enjin. Minyak pelincir yang baik akan mengalir keluar dari enjin dengan  warna hitam legam kerana ia mengandungi partikel yang dilekangkan dari  tepi-tepi ruang pembakaran dan yang akan dikeluarkan dari enjin apabila  minyak enjin ditukar.

Sekiranya minyak pelincir yang mengalir keluar  dari enjin itu bersih, ini bermakna kotoran sudah tertinggal di dalam  enjin. Selepas suatu tempoh yang panjang, bahan-bahan yang tertinggal  itu akan menghakis bahagian enjin.

Apabila ini berlaku, mintalah mekanik  anda supaya memasukkan pennzoil ke dalam enjin. Kemudian anda saksikan  warnanya apabila ditukar nanti. Anda akan mendapati warnanya hitam  kerana minyak itu dapat membersihkan bahagian-bahagian yang dilekati  bahan-bahan berkenaan. Pembersihan ini hanya dapat dilakukan oleh minyak  yang bermutu.

4 Tips Penjagaan Bateri Kereta
1. Periksa bateri jika terdapat tanda-tanda kerosakan  seperti retak, bocor, karat, penutupnya hilang, kepala longgar dan  sebagainya. Jika terdapat kesan debu putih dibahagian terminal, dan air  baterinya cepat kering, kemungkinan kuasa yang disalurkan kepada bateri  itu terlalu tinggi.

Bila keadaan ini berlaku, perlulah ia diperbaiki  dengan secepat mungkin, untuk mengelakkan kerosakan teruk pada bateri. Kesan-kesan bocor dapat diketahui jika terdapat disekitar dan bawah  bateri berdebu garam putih kehijauan.

2. Periksa paras air bateri  sekurang-kurangnya seminggu sekali. Jika airnya kurang, tambah  dengan air bateri (distilled water). Air sejuk yang bersih boleh juga  digunakan.

Walau bagaimanapun jangan bubuh airnya berlebihan dari paras  yang ditentukan sebab ini akan menyebabkan air bateri itu melimpah dan  mungkin menyebabkan kerosakan selanjutnya kepada bahagian-bahagian besi.  Untuk panduan anda, isi air itu sehingga bahagian hitam di dalam bateri  sahaja yang ditenggelami air.

3. Sekiranya terdapat kesan kesan debu garam putih  di kedua-dua terminal bateri, bersihkan dengan menggunakan bancuhan  natrium karbonat (serbuk penaik – baking powder) dengan sukatan satu  sudu teh serbuk dalam satu cawan air.

Bancuhan ini dibubuh atas terminal  bateri dan ia akan berbuih. Buih-buih ini akan berhenti bila ia sudah  bersih. Seterusnya bilas dengan air sejuk biasa. Kuatkan ikatan kepala  bateri jika perlu dengan rapi.

4.  Kuatkan kuasa bateri menggunakan  battery charger jika perlu. Elakkan diri dari menggunakan ubat-ubat  bateri yang terdapat di kedai. Bahan-bahan ini biasanya diakui boleh  menguatkan bateri, tapi sebenarnya perbuatan ini sia-sia sahaja.

Air bateri yang  dijual di kedai adalah dari jenis air sulingan (distilled water), tapi  bila diisi dalam bateri ia akan bercampur dengan air bateri dan  seterusnya menjadi cecair asid sulfurik. Jadi elakkan asid ini dari  terkena pakaian atau kulit anda. Jangan sesekali tambahkan asid sulfurik  ke dalam bateri.

Berhati-hati Membeli Kereta Terpakai
Membeli kereta merupakan keinginan setiap orang. Tapi pastikan apa anda berhati-hati sebelum membeli kereta tersebut. Jangan terbeli kereta ‘potong’ sudah. Mungkin anda sudahpun menemui kereta yang anda hajati dan membuat keputusan untuk membelinya. Tetapi jangan terburu-buru untuk membuat keputusan. Anda perlu memeriksa kereta itu dengan teliti terlebih dahulu.

Ujian Visual

1. Mula-mula perhatikan sebarang kecacatan atau kesan remuk yang mungkin menunjukkan kereta itu pernah terlibat dalam kemalangan jalanraya pada masa-masa lalu.

2. Pastikan sama ada kereta itu telah dicat semula atau tidak. Untuk mengetahuinya perhatikan dibawah salut getah di sekeliling pintu. Cat baru mungkin menyebabkan sebarang kecacatan kereta itu tidak dapat dilihat.

3. Periksa Odometer untuk melihat hitungan batunya. Pastikan ia tidak rosak atau tidak ditukarkan dengan yang baru.

4. Periksa pintu, penutup depan dan belakang sama ada dapat dibuka dan ditutup dengan baik tanpa sebarang bunyi yang tidak menyenangkan.

5. Lihat sepanjang sisi kereta dari jarak 30 kaki untuk memastikan tayar depan dan tayar belakang selari.

6. Lihat bawah kereta untuk menentukan sama ada terdapat sebarang kebocoran cecair. Bagi kereta yang baik tidak ada sebarang kebocoran pada sebarang masa kecuali akibat pemeluapan penyaman udara yang digunakan ketika hari panas.

7. Angkat penutup depan (atau belakang) untuk melihat enjinnya. Enjin kereta itu sepatutnya bersih, tetapi tidak semestinya sampai berkilat.

8. Keluarkan dipstick dan pastikan minyak juga berkeadaan bersih dan tipis.

9. Bateri juga mesti berkeadaan sempurna dan bersih. Jika tidak anda boleh meminta ejennya menukar kepada yang baru.

10. Kemudian duduk di tempat duduk kereta itu dan cuba rasakan keselesaannya. Kereta yang anda pilih mestilah sesuai dan selesa untuk anda.

11. Sterengnya mestilah hanya dapat digerakkan dalam jarak 2 inci pada keadaan biasa dan tidak ada sebarang bunyi apabila memusingnya.

12. Periksa penyelaras tempat duduk, kunci pintu, penaik cermin tingkap, hon, lampu, lampu isyarat, radio dan semua kelengkapan yang ada. Setengah-setengahnya mungkin tidak penting bagi anda tetapi ia mungkin dapat menunjukkan kepada anda bagaimana kereta itu dijaga.

13. Hidupkan enjin. Ia sepatutnya hidup dengan cepat dan kemudian beransur-ansur perlahan. Biarkan selama satu atau dua saat sebelum anda menekan pedal minyak.

Lihat asap yang keluar dibelakang. Asap biru bermakna enjin di’overhaul’ sepenuhnya. Manakala asap hitam bermakna karburatornya tidak sesuai. Asap putih tidak menandakan kecacatan apa-apa jika enjin dalam keadaan sejuk, tetapi jika enjin telah panas ini bermakna kepala gasket bocor. Ini memerlukan perbelanjaan yang besar. Oleh itu jangan beli kereta itu.

Enjin yang kuat bergegar juga menunjukkan kereta itu tidak begitu baik untuk dibeli. Setelah enjin dipanaskan, matikan sekejap dan cuba anda sapu jari anda ke dalam ekzos (pastikan ekzos itu tidak panas). Keladaknya sepatutnya berwarna kelabu keputih-putihan. Jika ia berwarna hitam atau berminyak, ketepikan saja kereta itu. Ini mungkin disebabkan oleh minyak terbakar. Hidupkan enjin semula dan periksa minyak di dalam transmission automatik. Ia mestilah bersih tanpa ada bau terbakar.

Uji Pandu

1. Jurujual mungkin cuba menyakinkan anda bahawa membuat uji pandu dalam jarak yang dekat seperti disekitar sebuah bangunan sudah memadai. Ini tidak benar. Nyatakan kepadanya anda mahu membuat ujian jalan raya terhadap kereta itu. Jika jurujual itu tidak begitu berminat. Cari saja kereta di tempat lain.

2. Jalan yang anda rancang untuk dilalui mestilah termasuk jalan kering, jalan yang lengang, jalan berbukit, jalan lekak-lekok dan ruang letak kereta yang kosong. Semua meter pengukur mestilah berfungsi dengan baik terutama meter tekanan minyak dan suhu enjin. Jika tidak jangan beli kereta itu.

3. Pandulah ke jalan raya yang lengang dan tingkatkan kelajuan hinga 35 bsj, tranmission automatiknya mestilah bertukar tanpa sebarang bunyi atau tersentak-sentak. Jika kereta itu mempunyai sistem penukaran tangan, ia sepatutnya tidak melekat-lekat atau berkertak.

4. Perlahankan kereta itu hingga 7 bsj dengan mengenakan brek secara perlahan-lahan. Pastikan tidak ada sebarang bunyi. Kereta itu juga mestilah menjadi perlahan dalam keadaan lurus, tanpa terpusing ke kanan atau ke kiri.

5. Tingkatkan kelajuan hingga 15 bsj dan kemudian tekan brek secara mengejut (pastikan tiada kereta lain di belakang anda). Kereta itu mestilah berhenti dengan cepat tanpa terpusing.

6. Di dalam ruang letak kereta yang kosong dan rata, tekan brek hingga kereta itu betul-betul berhenti. Tukar kepada gear undur dan undur pada kelajuan 4 bsj. Kemudian tekan brek hingga berhenti, tukar kepada gear depan dan seterusnya. Lakukan ini sebanyak 4 atau 5 kali untuk menguji transmission. Semua penukaran mestilah lancar tanpa ada sebarang bunyi.

7. Pandu dalam corak nombor 8 untuk menguji tindak balas stereng. Jika stering agak liat, ia mungkin berpunca daripada linkage atau sistem gantungan depan. Jangan beli kereta itu kecuali anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki.

8. Masih di dalam ruang letak kereta yang kosong. Tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 20 bsj dan lepaskan tangan dari stereng selama beberapa saat. Kereta itu mestilah bergerak lurus dan tidak terbabas. Kemudian tekan brek perlahan-lahan tanpa memegang stereng. Kereta itu juga mesti berhenti dalam keadaan lurus. Jika ia terpusing, nyatalah kereta ini mempunyai masalah. Pastikan anda diberi jaminan bahawa masalah ini akan dibaiki.

9. Kemudian pandu kereta itu di jalan lekak-lekuk yang anda pilih. Jangan beli kereta yang terlalu kuat bergegar atau melambung-lambung. Kereta itu mungkin mempunyai penyerap hentak spring atau bahagian-bahagian sistem gantungan yang rosak.

10. Ketika mendaki bukit, tingkatkan kelajuan sehingga kira-kira 40 bsj. Kereta itu mestilah tidak tersangkut-sangkut. Jika hal ini berlaku, ini bermakna kereta itu mempunyai transmission yang rosak.

11. Turun hingga ke pertengahan bukit, tukar kepada gear bebas dan tarik brek tangan. Kereta mestilah tetap apabila anda melepaskan kaki anda daripada pedal brek.

12. Setelah itu balik ke jalan raya biasa, hentikan kereta anda perhatikan ke belakang sebelum meneruskan perjalanan semula dan tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 55 bsj. Peningkatan kelajuan mestilah lancar dan pastikan tiada asap keluar di belakang dan tidak ada sebarang bunyi yang menunjukkan enjin tidak begitu baik.

13. Jika pecutan (peningkatan kelajuan) mengambil masa lebih 15 saat, ini bermakna enjin tidak begitu baik dan mungkin memerlukan suatu pembaikian dengan perbelanjaan yang mahal.

14. Sekarang berbalik semula ke ruang letak kereta. Setelah memasuki ruang letak kereta, biarkan enjin selama beberapa minit. Kemudian perhatikan ke bawah kereta samada terdapat titisan minyak atau tidak.

15. Angkat penutup enjin dan periksa enjin sekali lagi untuk melihat sebarang kebocoran.

16. Suruh jurujual memandu kereta tersebut melintasi ruang-ruang itu dan kemudian berpatah balik ke arah anda. Perhatikan sebarang keganjilan yang kelihatan pada kereta itu, sama ada bunyinya atau kawalannya.

17. Akhirnya baik juga jika anda membawa kereta itu kepada seorang mekanik. Bawalah kereta itu ke pusat servis. Mekanik itu mungkin dapat meneliti beberapa kerosakan yang anda sendiri tidak nampak serta memastikan sama ada kerosakan yang anda kesan itu benar-benar serius atau tidak.

18. Mereka juga boleh membuat ujian tekanan terhadap enjin untuk memeriksa ring atau injap.

19. Sebelum anda membuat pilihan periksa dulu geran kereta itu atau dokumen-dokumen lain. Nombor enjin dan lain-lain mestilah betul. Jangan sampai anda terbeli kereta curi.

SELAMAT MEMBELI KERETA!

Ganti Oil Filter Minyak Hitam Setiap 10,000KM
Menyelenggarakan kenderaan tidak hanya dengan terus menghantar kenderaan ke bengkel sahaja. Pemilik perlu juga mengetahui beberapa panduan untuk mengelak masalah lain timbul terhadap kenderaan. Panduan ini memberikan beberapa pendedahan kepada pemilik kenderaan dalam memilih jenis dan kualiti penapis minyak (oil filter) yang sesuai ketika menukar minyak enjin (minyak hitam).

Penapis berfungsi menjaga kualiti minyak supaya sentiasa bersih dan ditapis menerusi bahagian didalamnya. Alat berkenaan yang tidak diganti dalam jangka waktu lama boleh mengakibatkan kerosakan enjin dan menyebabkan masaalah sistem kerja komponen enjin.

Sebelum berhadapan dengan masalah yang lebih buruk terhadap kenderaan, pemilik kenderaan disarankan menggantikan penapis minyak setiap 10,000km. Bagaimanapun sebelum menggantikannya anda perlu memerhati beberapa perkara berikut:

1. Gunakan penapis minyak yang asli. Jangan gunakan penapis minyak tiruan kerana dikhuatiri bahagian dalaman mengandungi benda yang boleh merosakkan komponen penapis. Selain itu penapis tiruan atau jenama murah menggunakan kertas bermutu rendah yang tidak tahan lama untuk menapis kotoran.

2. Sebelum memasang penapis minyak, pastikan semua bahagian dalamnya sentiasa bersih dari kotoran terutama permukaan penapis. Perhatikan bahagian atas penapis minyak yang terdapat kertas pelindung. Pastikan bahagian itu sudah dibuka ketika penapis hendak dipasang. Kemudian setelah enjin dihidupkan, perhatikan adakah berlaku kebocoran minyak enjin di sekitar penapis minyak atau tidak.

3. Ketika menggantikan penapis minyak biasanya ia diimbangi dengan minyak yang lebih dari biasa. Perhatikan kereta anda. Jika setiap 1,000km, kereta anda perlu menambah minyak enjin, ia mungkin menandakan ada sesuatu yang tidak normal pada enjin.

Contohnya gegelang piston yang telah haus. Gunakan alat ujian tekanan untuk mengesan kerosakan berkenaan. Berdasarkan maklumat itu, pemilik kenderaan wajar mengambil langkah perlu dan memerhati jenis penapis standard yang dipasang untuk mengelakkan kenderaan dipasang dengan penapis yang rendah mutunya.

9 Tips Penjagaan Radiator
Tempoh hari saya telah ceritakan mengenai langkah-langkah yang anda perlu lakukan jika enjin anda overheating  dalam post 10 Punca Enjin Jadi Panas dan ada sebab yang membabitkan radiator. Kini saya ingin kongsikan satu tips yang dapat menjimatkan kos penyelengaraan kereta iaitu PENJAGAAN RADIATOR.

Radiator merupakan komponen sampingan terpenting dalam sesebuah kereta yang menggunakan sistem penyejukkan air. Namun begitu terdapat juga kereta yang tidak mempunyai radiator kerana ia menggunakan sistem penyejukkan udara seperti VW atau volkswagon.

Kelemahan dan kebaikan sistem penyejukkan air:

1. Sistem penyejukkan air dapat menghalang enjin menjadi terlalu panas kerana air digunakan untuk menyejukkan bahagian enjin dan kemudian melalui radiator, air akan disejukkan sebelum masuk kembali ke dalam enjin. Dengan cara ini dalam keadaan berhenti pun enjin dapat dihidupkan pada jangkamasa yang lama tanpa menghadapi masalah overheating. Tetapi enjin yang menggunakan sistem penyejukkan udara akan menghadapi masalah overheating apabila kereta tidak bergerak dalam satu jangkamasa yang lama kerana ia memerlukan udara yang bergerak untuk menyejukkan enjin.

2. Sistem penyejukkan air tidaklah terlalu lasak seperti sistem penyejukkan udara. Ia memerlukan penyelengaraan dari masa ke semasa dan sebaliknya untuk sistem penyejukkan udara.

Cara penyelenggaraan radiator:

Setiap 3 bulan:

1. Buka kunci hos dibahagian bawah radiator (kunci ini biasanya diperbuat daripada plastik) dan penutup radiator dan biarkan air mengalir sehingga tiada lagi air mengalir daripada radiator.

2. Buka air daripada pili (mesti dengan kadar aliran yang sederhana kuat) dan masukkan ke dalam radiator, tunggu sekejap sehingga air mula keluar daripada radiator, kemudian hidupkan injin.

3. Biar enjin melahu dan air mengalir keluar sehingga air yang keluar daripada radiator tidak lagi berkarat atau berwarna teh susu atau milo.

4. Matikan enjin, pasangkan kembali kunci hos di bahagaian bawah radiator dan isikan radiator dengan air pili tanpa menggunakan coolant sehingga penuh.

5. Hidupkan enjin tanpa menutup penutup radiator. Sepatutnya, selepas beberapa ketika, apabila enjin panas, air di dalam radiator tidak akan mendidih. Kalau mendidih, ini bermakna terdapat non-function di bahagian tertentu sistem penyejukkan. Mungkin radiator tersumbat, atau termostat tidak berfungsi.

6. Perkara ini perlu dilakukan setiap tiga bulan atau lebih kerap bagi mengelakkan radiator tersumbat atau sistem aliran air di dalam enjin tersumbat dengan karat air atau karat besi. Jika ini berlaku, suhu injin tidak lagi menjadi normal dan mungkin akan naik sedikit dan besar kemungkinan, overheating boleh berlaku.

7. Penggunaan coolant boleh memendekkan jangkahayat pam air dan termostat dan juga boleh menyebabkan radiator tersumbat.

8. Sekiranya radiator tersumbat, terdapat kedai yang boleh membersihkan radiator tanpa perlu menanggalkan radiator dengan menggunakan mesin khas. Harga upah dalam sekitar RM35-RM50.

9. Sekiranya radiator bocor, saya nasihatkan, ambil tindakan segera dengan menukar radiator sama ada yang baru atau secondhand (kedai potong) kerana jika dibiarkan, kemungkinan overheating boleh berlaku dan kos membaiki overheating ialah disekitar RM1000 – RM1500 bergantung kepada teruknya kerosakan. Kos penukaran radiator secondhand (kedai potong) kurang dari RM200. Jadi fikirlah dengan bijak!

Jumpa lagi di tips yang lain. Yosh!

D’Carbo2, Revolusi Penjagaan Kereta!
Pernahkah anda dengar tentang produk jenama D’Carbo atau sekarang dikenali dengan nama D’Carbo2? Banner produk ini terpampang indah di header sebelah kanan blog saya ni.

Baiklah, mungkin anda belum pernah dengar ataupun ketahui tentang produk ini. D’Carbo2 adalah merupakan produk yang sangat berkualiti dan berkuasa bagi enjin anda. Kini, produk D’Carbo2 semakin diterima bagi kebanyakan individu yang sangat sayangkan keretanya.

Bukan itu sahaja, kini D’Carbo2 telah tersedia dengan pelan pemasaran affiliate yang mampu memberi pulangan lumayan kepada para pengedarnya. Tapi, dalam post ni saya tak nak lah cerita panjang mengenai pelan pemasaran tersebut, saya hanya nak kongsikan mengenai produk ini.

Kurang pick-up kah kereta anda?

Kuat minyak kah kereta anda?

Susah nak dihidupkan di waktu pagi?

Kurang power?

Dan banyak lagi masalah melibatkan enjin.

Yang lagi teruk lagi, kereta tak boleh start sebabnya lubang valve tersumbat.

Kalau semua masalah ini terjadi kepada anda dan hantarkannya ke bengkel, tahu apa mekanik akan cakap?

You TOP OVERHAUL saja la~ Terus ok semua maaa~ Haiya, RM1000 saja~

Hehehehe… Tapi, cukup budget ke nak top overhaul tu? Lagi-lagi kereta anda kene park kat bengkel diorang 3-4 hari. Kalau lagi lama, susah anda nanti bila tiada kereta. Sebab itulah saya perkenalkan D’Carbo2 kerana dengan produk ini, anda tidak perlu lagi lakukan Top Overhaul dengan kos mahal tu.

D’Carbo2 mampu MEMBERSIHKAN ENJIN sama seperti anda lakukan top overhaul. Selepas penggunaan D’Carbo2, prestasi kenderaan anda akan terasa baru, 90% seperti keluar dari kilang. WOW! Menakjubkan!

Saya tidak cakap kosong ya! Saya sendiri merupakan seorang pengguna D’Carbo2 dan sudah rasakan kesannya.

Tahukah anda:

Setiap kali kereta anda dihidupkan dan bergerak, karbon akan terhasil dan melekat pada piston, valve dan juga pada dinding kebuk pembakaran enjin. Semakin jauh jarak perjalanan kereta atau APA SAHAJA KENDERAAN, kerak karbon yang terbentuk akan jadi semakin banyak dan menebal.

Disebabkan kehadiran karbon inilah yang menyebabkan prestasi kenderaan anda menurun. Jika kerak semakin tebal, dan anda tidak buangnya, itulah yang boleh menyebabkan kereta susah nak dihidupkan kerana valve telah tersumbat.

Fungsi sebenar D’Carbo2 adalah mengaktifkan semula karbon yang terbentuk ini dalam bentuk ASAP PUTIH (kenderaan petrol) untuk keluar melalui ekzos dan BUKAN bersifat menghakis karbon ini daripada enjin anda. Jadi penggunaan D’Carbo2 ini sama sekali TIDAK AKAN merosakkan apa-apa komponen dalam kereta anda.

Tahukah anda:

Proses TOP OVERHAUL sebenarnya mempunyai keburukan iaitu ia boleh merosakkan komponen enjin anda?

Mekanik akan menggunakan kertas pasir yang paling kasar untuk membuang kerak karbon yang terbentuk. Ia akan kikis karbon sehingga ia tertanggal daripada komponen enjin anda. Dengan penggunaan kertas pasir ini, sudah pasti sedikit sebanyak menghakis saiz sebenar komponen tersebut.

Itu belum campur lagi kesilapan atau kecuaian yang MUNGKIN dilakukan oleh mereka. Sebagai contoh, valve enjin anda terjatuh dari atas meja dan bengkok. Kemudian mereka akan hubungi anda untuk memberitahu bahawa ada valve yang bengkok dan mesti diganti. Lihat, kena keluar duit lagi~

Dengan penggunaan D’Carbo2, kesemua ini dapat dielakkan. Malah, anda boleh lakukan dengan tangan anda sendiri tanpa perlu bantuan dari sesiapa. Jika anda berminat dengan produk D’Carbo2 ini, boleh dapatkan maklumat lanjut dan teruskan untuk pembelian di laman web www.DCarbo4u.com.

Kesesuaian Penapis Haba (Tinted)
Tidak dinafikan pemasangan filem penapis haba (tinted) yang berfungsi menapis suhu panas dari panahan matahari bagi keselesaan penumpang dalam kenderaan antara aksesori yang kian mendapat sambutan dari pengguna masa kini.

Bagaimanapun, ramai yang salah faham mengenai filem penapis haba. Anggapan biasa menyatakan bahawa penapis yang lebih gelap adalah lebih baik mengurangkan pancaran haba. Ini SATU SALAH FAHAM YANG BESAR kerana filem penapis yang sebenarnya tidak berfungsi sebegini. Ia hanya akan menapis 2 perkara iaitu:

Cahaya ultra-violet

Haba panas

Ia tidak akan menghalang cahaya lain atau memberi kesan kepada penglihatan!

Sekiranya filem yang anda guna menyebabkan penglihatan anda terbatas terutama pada waktu malam, ada yang tidak kena dengan filem itu. Ada kebarangkalian filem penapis haba yang sebegini memang tidak elok digunakan dan berbahaya! Bagi mengelakkan setuasi sebegini, adalah penting bagi pengguna untuk mengetahui latar belakang produk yang bakal dipasangkan pada kenderaan mereka.

Satu lagi ciri-ciri filem penapis yang baik dan berkesan adalah ia akan mengurangkan silau dari lampu kenderaan lain tanpa mengganggu penglihatan. Ini amat berguna bagi tujuan pemanduan di waktu malam. Ketelusan cahaya sama jelas, tetapi silauan dapat dikurangkan!

Pengguna perlu berhati-hati kerana tidak semua filem solar penahan haba di pasaran berkualiti serta menepati syarat yang ditetapkan pihak berkuasa. Kebanyakan pengguna tidak tahu bagaimana sukatan yang betul untuk filem penapis haba kenderaan mereka.

Rata-rata hanya mahu cermin gelap dan kurang haba dalam kereta. Sebetulnya, setiap cermin yang dipasangkan filem harus menepati peraturan.

Cermin depan harus mempunyai penembusan cahaya sekurang-kurangnya 70% manakala cermin belakang dan sisi pula 50% ketelusan cahaya.

Jika ini gagal dipatuhi, kompoun RM300 mungkin dikenakan kepada pemilik kenderaan terbabit jika dikesan pihak berkuasa. Bagi memastikan kenderaan anda mematuhi semua peraturan ini, ujian yang dikenali sebagai kadar peratusan VLT ataupun ketelusan cahaya boleh dijalankan ke atas setiap cermin kenderaan.

Ini akan memastikan anda terkecuali daripada sebarang tindakan undang-undang. Sebaiknya, sebelum membuat keputusan untuk memasang filem terbabit, eloklah pengguna mengenal pasti terlebih dulu produk-produk yang menepati peraturan JPJ.

Pengguna juga perlu bijak menilai pakej ditawarkan kerana ada yang tidak sesuai dipasang pada cermin kenderaan malah mungkin dikenakan tindakan kerana menyalahi undang-undang!