Articles in the Info Penjagaan Category
Penjagaan Enjin Kereta »
Apabila anda melihat kereta berasap atau terbakar di tepi jalan, tentu ada sesuatu yang tidak kena pada enjin kereta berkenaan. Antara puncanya ialah:
Kekurangan air dalam radiator yang menyebabkan enjin panas
Paip radiator tersumbat
Kekotoran pada sirip radiator
Kerosakan pada kipas dan termostat sistem penyejuk
Sistem penyalaan kurang tepat
Kerosakan pada sistem saluran petrol
Ekzos tersumbat
Masalah cekam
Brek bergesel
Dan cara pengendalian kenderaan yang kurang baik turut menyebabkan enjin menjadi panas.
Enjin yang terlalu panas boleh mengundang bahaya sekiranya lewat bertindak kerana ia boleh menyebabkan kenderaan anda berasap, terbakar dan seterusnya meletup.
Apabila enjin kereta anda terlalu panas, berhentilah di tepi …
Penjagaan Body Kereta »
Kesan pancaran matahari, hujan, lecah, embun dan pencemaran alam sekitar adalah faktor semula jadi yang menyebabkan kereta anda kotor dan tidak berseri.
Tetapi, bagi mereka yang mengambil berat terhadap kereta dan rajin membasuh sendiri, warna kereta anda akan sentiasa menawan, walaupun sudah berusia 5 hingga 10 tahun. Malah, usaha anda pasti tidak sia-sia kerana kereta yang sentiasa bersih dan berkilat mempunyai nilai pasaran tinggi apabila dijual semula.
Sesetengah pemilik kereta memang malas atau tidak ada masa untuk membasuh kereta. Mereka sanggup mengeluarkan wang RM5 hingga RM10 sebagai upah mencuci keretanya. Bagaimanapun, jika …
Penjagaan Komponen Kereta »
Bagi sebahagian orang kereta bukan sekadar alat pengangkutan, tetapi sebagai koleksi yang sangat disayangi. Malah bagi mereka yang sering berurusan diluar negara,pastinya mereka terpaksa meninggalkan kenderaan dalam tempoh waktu yang lama di garaj.
Jika kenderaan ditinggalkan tanpa dihidupkan dalam tempoh yang lama ia boleh menjejaskan prestasi kenderaan atau sukar dihidupkan.
Ada beberapa teknik untuk menyimpan kereta dalam jangka waktu yang lama sama ada dalam masa enam bulan hinggalah bertahun-tahun lamanya tanpa mengurangkan prestasinya.
Jika anda berhadapan situasi demikian, letakkan kenderaan di garaj yang kering dan dingin. Selain itu ikuti beberapa langkah yang harus …
Penjagaan Tayar »
SELAIN enjin dan brek, tayar adalah antara komponen terpenting dalam sesebuah kenderaan. Kedegilan dan kecuaian menjaga dan menukar tayar yang tidak berbunga boleh mengundang masalah di jalan raya.
Tayar memainkan peranan penting ketika membrek dan mesti tahan lasak untuk menangani tekanan itu serta permukaan jalan yang ada kalanya tidak rata.
Tayar juga mesti memberi keselesaan ketika mengambil selekoh dan kawalan stereng dalam apa juga keadaan. Lazimnya, pengeluar tayar utama di negara ini sentiasa menyediakan tips keselamatan tayar kepada pemandu.
Berikut adalah antara beberapa panduan berguna:
1 ) Segera tukar tayar jika bunganya sudah haus. …
Penjagaan Bateri »
Pemilik kereta akan berasa gelabah apabila keretanya tidak boleh dihidupkan kerana bateri lemah atau ada masalah lain pada enjin. Kegelisahan bertambah ketara apabila masalah itu berlaku ketika anda terburu-buru untuk ke pejabat, hospital atau memenuhi temu janji.
Ada sebab mengapa enjin tidak dapat dihidupkan walaupun kunci sudah diputar ke arah ‘start’. Enjin tidak dapat dihidupkan kerana bateri dan/atau motor starter dalam keadaan rosak, biasanya enjin dapat start dengan prosedur berikut:
# Kaedah 1
Hidupkan enjin dengan menolak kenderaan bagi kereta manual meskipun bateri dalam keadaan lemah (bateri boleh bunyikan hon atau nyalakan lampu …
Penjimatan Petrol »
Saya hanya sempat untuk berkongsi 4 tips ringkas ini:
# Tip 1
Apabila di tempat meletak kenderaan terdapat bekas titisan minyak atau tercium bau petrol sebaiknya anda perlu memeriksa sama ada terdapat kebocoran pada tangki atau tidak. Jika kebocoran pada tangki, bawa kereta ke bengkel untuk diperbaiki atau jika berlaku kebocoran pada sambungan paip petrol, anda perlu mengetatkan sambungan menggunakan spana.
# Tip 2
Apabila penapis udara tersumbat, ia menyebabkan kemasukan udara ke silinder berkurangan sedangkan penggunaan akan melebihi daripada biasa. Oleh itu anda perlu memeriksa elemen penapis udara dan jika ia kotor, anda perlu membersihkannya.
# Tip 3
Apabila enjin berada dalam …
Penjimatan Petrol »
Pengguna kenderaan bermotor akan berusaha mengurangkan kadar penggunaan bahan bakar ke tahap paling rendah. Keadaan ini perlu kerana penggunaan bahan api paling minimum dapat menjimatkan perbelanjaan petrol.
Jadi, penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol bukan sekadar harganya yang tinggi tetapi penggunaan bahan itu secara berlebihan menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.
Jika anda mendapati penggunaan petrol pada kenderaan secara berlebihan, periksa puncanya sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol yang banyak terdapat di pasaran. Ini kerana pembelian alat berkenaan mungkin tidak member kesan sepatutnya jika keadaan enjin kereta anda mengalami …
Penjagaan Enjin Kereta »
Soalan ini selalu diajukan kepada mekanik. Kenapa ya?
Pada amnya ia melibatkan banyak faktor. Mekanik sendiri susah untuk memberi jawapan yang tepat kapada soalan tersebut kerana ia terlalu umum.
Antara jawapan yang biasa diberikan ialah kenderaan tersebut telah agak lama digunakan dan memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan seperti melakukan Top Overhaul. Top overhaul merupakan kaedah yang biasa dilakukan oleh mekanik yang mana bahagian ‘head’ enjin akan ditanggalkan . Karbon yang terdapat pada injap (valve) dan piston akan dibersihkan.
Dari manakah datangnya karbon ini?
Karbon ini terhasil daripada proses pembakaran yang berlaku di dalam ruang pembakaran. Karbon2 …
Penjimatan Petrol »
Ramai dikalangan pemandu di Malaysia menganggap mudah perkara seperti ini… Mereka menganggap perkara ini terlalu remeh untuk dilakukan..
Tahukah anda, tekanan angin yang kurang ini pada amnya meningkatkan geseran tayar dan jalan. Secara tidak langsung ia membuatkan kereta anda akan menggunakan petrol yang lebih untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain.. Untuk mengetahui tekanan angin yang sesuai untuk tayar kereta anda cukup mudah… Perhatikan sukatan angin yang tertera di tayar kereta anda atau di panel pintu anda… Anda juga boleh mendapatkan maklumat ini di dalam manual kereta anda kerana …
Penjagaan Enjin Kereta »
Salam sejahtera,
Dalam post pertama bagi kategori “penjagaan enjin” ini, saya malas nak cerita panjang. Saya hanya ingin menunjukkan anda bagaimana struktur dalaman bagi sesebuah enjin.
Enjin terdiri dari banyak jenis. Tidak kira walau jenis apa pun ia, piston silinder adalah merupakan bahagian penting dalam sesebuah enjin kerana kalau tiada silinder, ia bukan dipanggil “enjin”. Jadi jika kita ingin menjaga enjin, bahagian ini adalah bahagian yang amat penting untuk dititikberatkan.

