Articles in the Info Penjagaan Category
Penjagaan Tayar »
Ada ketikanya pemandu tidak berasa selesa apabila stereng menjadi semakin ketat dan berat. Anda perlu menggunakan lebih tenaga untuk memutar stereng dan keadaan ini menyusahkan terutamanya ketika meletak kenderaan dan apabila perlu banyak membelok.
Antara sebab keadaan ini berlaku adalah:
Tekanan tayar depan yang terlalu rendah
Penjajaran (alignment) tayar depan yang kurang tepat
Kekurangan atau kerosakan minyak pelincir di dalam kotak gear stereng
Kekurangan gris pada sambungan rod stereng atau pengalas tayar depan
Penyelarasan yang kurang sempurna pada peralatan pengemudian
Apabila berhadapan dengan keadaan sebegini,
Mula-mula periksalah tekanan tayar hadapan adakah ianya sesuai menikut jenis kereta anda.
Periksa pelinciran …
Penjagaan Tayar »
Ada ketikanya pemandu kereta tidak selesa apabila stereng yang dipegang bergetar dan tidak stabil kerana berat ke sebelah kiri atau kanan. Lebih merisaukan apabila seluruh badan kereta ikut bergetar.
Apabila berhadapan dengan keadaan ini, antara sebab utama kerosakan yang berlaku diberi perhatian termasuk tekanan tayar depan terlalu rendah atau ukurannya tidak sama, kehausan tayar depan tidak sama, kehausan atau kelonggaran sambungan sistem kemudi atau kotak gear stereng bergoyang, penyelarasan jajaran roda depan kurang tepat dan roda depan tidak seimbang.
Jika menghadapi masalah seperti …
Penjagaan Enjin Kereta »
Ramai diantara kita suka memandu. Tetapi tidak ramai pula yang mengambil berat dalam memilih minyak pelincir bagi keretanya. Sedangkan, jika anda merenung sejenak, enjin ialah jantung kereta dan ia hanya dapat memberikan prestasi dan ketahanan yang anda harapkan sekiranya dijaga dengan baik. Faktor utama dalam menjaga enjin supaya ia sentiasa elok ialah pemilihan minyak enjin yang bermutu. Hanya minyak yang bermutu dapat membantu anda mencapai itu semua.
Pelinciran yang kerap:
Minyak pelincir mengalir turun ke takungan di bahagian bawah enjin apabila kereta tidak digunakan …
Penjagaan Bateri »
1. Periksa bateri jika terdapat tanda-tanda kerosakan seperti retak, bocor, karat, penutupnya hilang, kepala longgar dan sebagainya. Jika terdapat kesan debu putih dibahagian terminal, dan air baterinya cepat kering, kemungkinan kuasa yang disalurkan kepada bateri itu terlalu tinggi.
Bila keadaan ini berlaku, perlulah ia diperbaiki dengan secepat mungkin, untuk mengelakkan kerosakan teruk pada bateri. Kesan-kesan bocor dapat diketahui jika terdapat disekitar dan bawah bateri berdebu garam putih kehijauan.
2. Periksa paras air bateri sekurang-kurangnya seminggu sekali. Jika airnya kurang, tambah dengan air bateri (distilled …
Penjagaan Enjin Kereta »
Menyelenggarakan kenderaan tidak hanya dengan terus menghantar kenderaan ke bengkel sahaja. Pemilik perlu juga mengetahui beberapa panduan untuk mengelak masalah lain timbul terhadap kenderaan. Panduan ini memberikan beberapa pendedahan kepada pemilik kenderaan dalam memilih jenis dan kualiti penapis minyak (oil filter) yang sesuai ketika menukar minyak enjin (minyak hitam).
Penapis berfungsi menjaga kualiti minyak supaya sentiasa bersih dan ditapis menerusi bahagian didalamnya. Alat berkenaan yang tidak diganti dalam jangka waktu lama boleh mengakibatkan kerosakan enjin dan menyebabkan masaalah sistem kerja komponen enjin.
Sebelum berhadapan dengan masalah yang lebih buruk terhadap kenderaan, pemilik …
Penjagaan Radiator »
Tempoh hari saya telah ceritakan mengenai langkah-langkah yang anda perlu lakukan jika enjin anda overheating dalam post 10 Punca Enjin Jadi Panas dan ada sebab yang membabitkan radiator. Kini saya ingin kongsikan satu tips yang dapat menjimatkan kos penyelengaraan kereta iaitu PENJAGAAN RADIATOR.
Radiator merupakan komponen sampingan terpenting dalam sesebuah kereta yang menggunakan sistem penyejukkan air. Namun begitu terdapat juga kereta yang tidak mempunyai radiator kerana ia menggunakan sistem penyejukkan udara seperti VW atau volkswagon.
Kelemahan dan kebaikan sistem penyejukkan air:
1. Sistem penyejukkan air dapat menghalang enjin menjadi terlalu panas kerana air …
Penjagaan Cermin Kereta »
Tidak dinafikan pemasangan filem penapis haba (tinted) yang berfungsi menapis suhu panas dari panahan matahari bagi keselesaan penumpang dalam kenderaan antara aksesori yang kian mendapat sambutan dari pengguna masa kini.
Bagaimanapun, ramai yang salah faham mengenai filem penapis haba. Anggapan biasa menyatakan bahawa penapis yang lebih gelap adalah lebih baik mengurangkan pancaran haba. Ini SATU SALAH FAHAM YANG BESAR kerana filem penapis yang sebenarnya tidak berfungsi sebegini. Ia hanya akan menapis 2 perkara iaitu:
Cahaya ultra-violet
Haba panas
Ia tidak akan menghalang cahaya lain atau memberi kesan kepada penglihatan!
Sekiranya filem yang anda guna menyebabkan …
Penjagaan Enjin Kereta »
Salam sejahtera pelawat sekalian. Dah lama sangat rasanya saya tidak update apa-apa artikel terbaru untuk bacaan anda. Saya minta maaf banyak-banyak kerana saya sendiri sangat sibuk dengan urusan perniagaan secara offline. Baiklah, dalam artikel kali ini saya ingin menceritakan mengenai revolusi baru tentang penjagaan enjin kereta.
Pernahkan anda dengar sekarang ini minyak masak kelapa sawit telah dijadikan sebagai minyak hitam? Yup!
Ok firstly, MINYAK KELAPA SAWIT adalah minyak paling sintetik di dunia. Minyak yang anda percaya fully sintetik, semi sintetik tu sebenarnya minyak pelincir biasa saja. Yang buat dia jadi sintetik pasal …
Penjagaan GearBox »
Kali ini saya ingin kongsikan mengenai cara penjagaan gearbox manual dan auto.
Apabila kita membeli kereta baru, semua peralatan adalah baru termasuk gear box. Dan jika kita perhatikan, ada dinyatakan apabila millage kereta kita mencecah 1,000 km, kita perlu hantar kereta untuk service pertama. Service pertama adalah check up terakhir yang sepatutnya dibuat pada semua kereta oleh pengeluar kereta.
Perkara yang diperiksa pada service pertama termasuk menukar semua jenis minyak pada kereta termasuk minyak gear box. Jangan abaikan service pertama ini kerana pada masa ini minyak enjin dan minyak gear box yang …
Penjagaan Enjin Kereta »
Apabila anda melihat kereta berasap atau terbakar di tepi jalan, tentu ada sesuatu yang tidak kena pada enjin kereta berkenaan. Antara puncanya ialah:
Kekurangan air dalam radiator yang menyebabkan enjin panas
Paip radiator tersumbat
Kekotoran pada sirip radiator
Kerosakan pada kipas dan termostat sistem penyejuk
Sistem penyalaan kurang tepat
Kerosakan pada sistem saluran petrol
Ekzos tersumbat
Masalah cekam
Brek bergesel
Dan cara pengendalian kenderaan yang kurang baik turut menyebabkan enjin menjadi panas.
Enjin yang terlalu panas boleh mengundang bahaya sekiranya lewat bertindak kerana ia boleh menyebabkan kenderaan anda berasap, terbakar dan seterusnya meletup.
Apabila enjin kereta anda terlalu panas, berhentilah di tepi …




